فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Mensyukuri nikmatmu…

Saat menikmati ketenangan beriktikaf di Al Haramain terlintas di fikiran betapa akan nikmat-nikmat yang dikurniakan Allah ke atas diri ini sering diabaikan, sering dilupakan malah sering tidak disyukuri sewajarnya….Mengimbau kembali nikmat-nikmat yang terlalu banyak dan besar saat itulah juga tergerak hati seperti ditunjuk-tunjuk, lambaian helaian tafsir menghala ke ayat….

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

“Maka nikmat Allah Yang manakah kamu dustakan”….bukan sekali, malah berkali-kali ayat ini difirmankan Allah di dalam Al-Quran. Peringatan yang berulang-ulang begitu cukup mendalam, menyentuh emosi, terlekat dihati dan terus mendorong untuk akal ini berfikir…….

Hati dan diri ini terasa kerdil sekali mengenangkan diri ini sering melupakan pemberi nikmat..Walhal, semakin hari semakin banyaknya nikmat yang di kurniakan Allah dalam hidup ini. Terasa diri ini amat malu kerana Allah tidak pernah jemu memberi nikmatnya walaupun diri ini sering lupa dan alpa terhadapnya..

Allah kurniakan nikmat Islam, Iman dan Ihsan…Itulah nikmat yang paling besar dalam hidup seorang Muslim..Tidak dapat dibayangkan oleh pemikiran ini bagaimana agaknya jika nikmat-nikmat ini tidak dikurniakan Allah kepada diri ini? Hari ini sudah pasti berbeza hasilnya jika tiada Islam didalam jiwa. Mungkin jalan cerita hidup yang dilalui sekarang ini berbeza seperti berbezanya warna hitam dan putih atau siang dan malam atau…Allah lebih mengetahui.

Nikmat di dunia yang Allah kurniakan kepada diri ini jika hendak di hitung rasanya tidak  terhitung banyaknya. Bagaimana boleh dikatakan sehingga tidak terhitung? Diri ini merasakan perjalanan hidup itu sendiri adalaah nikmat yang besar Allah kurniakan. Kehidupan di dunia ini sebagai hambanya, menghirup udara secara percuma setiap saat, menikmati rasa sayang dan cinta terhadap makhluknya, dan pelbagai lagi merupakan nikmat yang acap kali kita lupa adalah satu anugerah dari Allah.

Nikmat-nikmat ini adalah pinjaman di dunia untuk diguna pakai di akhirat jika kena gayanya. Satu nikmat istimewa bagi diri ini adalah memiliki keluarga yang baik dan disenangi. Nikmat yang mungkin tidak semua orang memilikinya walau memiliki harta melimpah ruah. Tanpa disedari sebenarnya hidup ini dikelilingi oleh ahli keluarga yang amat baik, Ibu yang amat menyayangi, limpahan kasih sayang yang tiada tolak banding.. Arwah ayah yang sentiasa memberi dorongan, nasihat dan memimpin adalah juga nikmat yang Allah pinjamkan di dunia ini.Begitu juga halnya abang-abang dan adik adik yang sentiasa menyokong, saudara yang berkongsi satu rahim ibu, yang mendengar dan menolong ketika ditimpa kesulitan. Inilah nikmat besar silaturrahim dan ikatan kekeluargaan.

Tidak lengkap hidup ini jika tidak berpasangan. Hidup ini juga dikurniakan pasangan yang memahami, sanggup bersusah payah bersama apatah lagi untuk senang bersama malah tidak keterlaluan untuk mengakui rasa di hati ini beliau seorang yang solehah. Bukankah ini juga nikmat Allah yang dikurniakan kepada diri ini? Dan sejujurnya, terlintas akan beliau di fikiran ketika mensyukuri kesenangan nikmat-nikmat Allah kurniakan saat beriktikaf di Al Haramain dahulu.

Hidup bersahabat merupakan nikmat. Hidup bersahabat kerana Allah merupakan nikmat yang lagi besar. Di kurniakan sahabat-sahabat yang sentiasa ingat-mengingati saat diri ini alpa, bantu membantu saat diri ini kesulitan, nasihat-menasihati saat diri ini tergelincir dan bersama-sama berjuang mengejar cita-cita adalah merupakan suatu perkara yang terbaik dalam kehidupan diri ini. Jika dihitungkan jasa sahabat terhadap diri ini berbanding jasa diri ini terhadap sahabat, terasa sekali diri ini terlalu kecil…Terima Kasih untuk sahabat sekalian. Kalian adalah nikmat Allah yang hebat dikurniakan kepada diri ini.

Di dunia ini juga allah kurniakan nikmat ilmu dan taraf yang baik, diizinkan olehnya belajar dari satu peringkat ke satu peringkat dan Allah sentiasa membuka hati untuk terus mencari dan melengkapkan ilmu di dada tanpa rasa jemu. Sesungguhnya ilmu-ilmu duniawi dan ukhrawi yang seiringan dikurniakan kepada diri ini dan seluruh makhluk itu merupakan nikmat milik Allah.

Kesihatan dan rezeki yang baik, inilah yang selalunya sinonim dengan kata nikmat. Diri ini sentiasa dikurniakan kesihatan yang cukup baik. Cuma persoalannya apakah syukurnya cukup? Diri ini juga sering merasakan ingin sentiasa mencari rezeki yang banyak melimpah ruah. Seringkali dek kerana mengejar kejayaan dunia sehingga ‘terlupakan’ kejayaan akhirat. Namun Allah tetap mengurniakan apa yang diri ini kejarkan, tidak sesekali menghampakan hambanya….Alhamdullilah…

Saat ini merenung jauh ke langit yang diselimuti awan tebal…menikmati cahaya samar senja yang menyinsing di bumi orang dan mensyukuri nikmat hidup ini dengan terus BERFIKIR…..

Maka Nikmat Allah yang mana kamu dustakan?

Wallahu’alam

Categories: Journal | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: